Skip to main content

Posts

#AWPreview: Arkitek Jalanan - Teme Abdullah (Bahagian I)

* ada spoil plot  "Bakat tanpa otak, sia-sia. Otak tanpa bakat, lebih berguna. Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna." - Teme Abdullah, Arkitek Pelukis Jalanan. Begitulah kata-kata Teme pada kulit buku ini. Arkitek Jalanan merupakan buku kedua dalam Siri Jalanan. Buku kedua ini mengandungi 351 bilangan muka surat termasuk penghargaan, nota penerbit CEO Iman Publication dan pelan buku.           Ahmad dan Teme baru sahaja menghabiskan percutian musim panas di Malaysia. Ahmad tiba lebih awal di London berbanding Teme. Musim luruh pun bermula di London. Pasti indah bagi kita yang belum pernah merasai pengalaman itu sendiri, hanya dengan berimaginasi dan dari gambar.            Pada mulanya, Teme menceritakan keadaan rumah sewanya bersama Ahmad. Terdapat 3 bilik bersebelahan, iaitu bilik Teme, bilik Ahmad dan seorang penyewa yang berasal dari Sri Lanka yang datang mencari rezeki di London.       ...
Recent posts

#AWPreview: Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

          Siapa tidak kenal Siri Jalanan oleh Teme Abdullah jika anda mengikuti akaun media sosial dan perkembangan beliau? Siri ini ditulis berdasarkan realiti Teme, hampir kesemuanya.          Siri Jalanan bermula dengan buku Pelukis Arkitek Jalanan. Grafik di bawah merupakan muka hadapan buku tersebut. Pelukis Jalanan mengandungi 215 bilangan muka surat termasuk review oleh Saiful Nang ( Group CEO of Colours of Asia Sdn Bhd Group of Companies ), Budak Tomato (penulis buku ESC) dan Ad-Dien Abdul Kadir (Karangkraf), seterusnya penghargaan, nota penerbit dan profil di bahagian akhir.             Jadi, apakah manfaat buku Pelukis Jalanan kepada pembaca? (manfaat yang disenaraikan adalah pendapat dan pandangan saya. Anda mungkin mempunyai pandangan lain sekiranya sudah membaca buku ini. Raikan perbezaan.)                Setiap kesukaran diserta...