* ada spoil plot "Bakat tanpa otak, sia-sia. Otak tanpa bakat, lebih berguna. Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna." - Teme Abdullah, Arkitek Pelukis Jalanan. Begitulah kata-kata Teme pada kulit buku ini. Arkitek Jalanan merupakan buku kedua dalam Siri Jalanan. Buku kedua ini mengandungi 351 bilangan muka surat termasuk penghargaan, nota penerbit CEO Iman Publication dan pelan buku. Ahmad dan Teme baru sahaja menghabiskan percutian musim panas di Malaysia. Ahmad tiba lebih awal di London berbanding Teme. Musim luruh pun bermula di London. Pasti indah bagi kita yang belum pernah merasai pengalaman itu sendiri, hanya dengan berimaginasi dan dari gambar. Pada mulanya, Teme menceritakan keadaan rumah sewanya bersama Ahmad. Terdapat 3 bilik bersebelahan, iaitu bilik Teme, bilik Ahmad dan seorang penyewa yang berasal dari Sri Lanka yang datang mencari rezeki di London. ...
Welcome to the world where it's supposed to be silent but never mind, just keep forward!