Skip to main content

#AWPreview: Arkitek Jalanan - Teme Abdullah (Bahagian I)

* ada spoil plot

 "Bakat tanpa otak, sia-sia. Otak tanpa bakat, lebih berguna. Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna." - Teme Abdullah, Arkitek Pelukis Jalanan.

Begitulah kata-kata Teme pada kulit buku ini. Arkitek Jalanan merupakan buku kedua dalam Siri Jalanan. Buku kedua ini mengandungi 351 bilangan muka surat termasuk penghargaan, nota penerbit CEO Iman Publication dan pelan buku.

        Ahmad dan Teme baru sahaja menghabiskan percutian musim panas di Malaysia. Ahmad tiba lebih awal di London berbanding Teme. Musim luruh pun bermula di London. Pasti indah bagi kita yang belum pernah merasai pengalaman itu sendiri, hanya dengan berimaginasi dan dari gambar. 

        Pada mulanya, Teme menceritakan keadaan rumah sewanya bersama Ahmad. Terdapat 3 bilik bersebelahan, iaitu bilik Teme, bilik Ahmad dan seorang penyewa yang berasal dari Sri Lanka yang datang mencari rezeki di London. 

        Dalam buku Arkitek Jalanan, Teme dan Ahmad berada di tahun akhir @ final year. Sedang mereka berdua berehat kerana kepenatan, Teme dan Ahmad mula memikirkan perjalanan yang bakal dihadapi sebagai pelajar tahun akhir. Mampukah mereka bergraduasi pada tahun itu? 

Teme: mampukah mendapat first class honours dan top 10 dissertation

Ahmad: mampukah mendapat pekerjaan di London setelah graduasi?

Okey, back to reality. Wait, kita kat manalah kalau bukan realiti? Hahaha... baiklah, serius serius. Saya akan nyatakan pengajaran yang saya peroleh daripada buku ini.


Kenali dulu, baru tahu.

Kawan Ahmad, baru sahaja berjumpa dan mengenali Teme dengan nama 'Tomato'. Siapa yang dah baca buku sebelumnya, 'Tomato' nama famous Teme di universiti. Teme baru sahaja tiba di kedai makan tersebut dengan membawa lukisan untukjualannya yang sedikit terkoyak kerana basah dek hujan. Seperti biasa, sesi berkenalan bermula. Mereka berbual seperti biasa dan pastinya tindakan Teme yang belajar sambil bekerja menimbulkan tanda tanya kawan Ahmad tersebut. Sehinggakan dia terdetik untuk memberikan nasihat kepada Teme agar fokus dengan pelajaran dan bukannya bekerja. Katanya, kasihan mak ayah terpaksa membiayai pengajian tetapi anaknya? Bekerja, tidak fokus terhadap pengajian. Fikirnya, Teme telah gagal perform dalam SPMnya sehingga terpaksa menjadi private student (tiada tajaan biasiswa). Dia mengangkat dirinya sebagai contoh. Katanya, dengan usahanya selama ini, mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM, permohonan MARA berjaya diperoleh dan menyambung pengajian di luar negara dengan biasiswa tanpa menyusahkan ibu bapa. Dia sangka Teme tidak serius dalam pengajiannya.

Niatnya sudah baik, menasihati dan menginatkan tujuan mereka datang ke sana untuk belajar tetapi niat tidak menghalalkan cara. Kawan Ahmad itu seharusnya bertanya terlebih dahulu tentang Teme. Seeloknya tanyalah Ahmad jika malu bertanya kepada tuan punya badan. Walau bagaimanapun, Teme mengucapkan terima kasih kepadanya dan berlalu pergi dengan alasan ada meeting. Ahmad menunggu kelibat Teme menghilang kemudian terus menegur kawannya itu. Geram sungguh hati Ahmad.

Dalam kita nak menasihati orang ni, biarlah kita kenal orang tu dulu.

          - Ahmad

Dakwah itu tanggungjawab. 

Saya turut terkedu dengan pandangan Teme tentang ilmu agama dan ilmu selainnya. Ahmad mempersoalkan sebab Teme tidak mahu mengambil bidang menjurus kepada agama atau fokus kepada kerja dakwah memandangkan baginya, Teme mempunyai minat dan bakatnya cenderung ke arah keagamaan. Dia berpotensi menjadi pendakwah muda mahupun ustaz. Lagipun, zaman sekarang, pendakwah juga mampu buat duit.

... Aku tak nak jadi tin kosong yang bising. Sembang 'pum pang pum pang' tapi tak ada ilmu. Aku tak nak jadi pendakwah yang jual air liur saja. Nampak macam mudah sangat orang nak pergunakan agama. Aku tak kisah orang nak jadi kaya. Tak haram pun mengejar kekayaan. Tapi cara tu kena betul.

          - Teme Abdullah

Surah Fatir, ayat 28. Allah ada berfirman: Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dalam kalangan hamba-hambanya adalah para alim.

Alim bermaksud orang yang berilmu. Tidak semestinya ilmu agama. Sains dan teknologi juga ilmu Allah.

Belajar ilmu lain selain ilmu agama yang dikatakan ilmu keduniaan itu juga membolehkan kita mengenal kebesaran Allah. Dunia kan milik Allah. Kita belajar ilmu Allah. Paling penting, kita berusaha menjadi hamba yang baik untuk Allah, untuk diri kita juga. Syurga idaman semua orang, tetapi kenapa wujudnya neraka? Pahala membawa kita ke syurga, tetapi kenapa dosa mengheret ke neraka? Kerana adanya syurga dan neraka, maka wujudlah 'taubat'. Sentiasalah bertaubat, kita tak tahu bila kiamat kecil kita tiba. Jangan riya' dengan sekecil-kecil kebaikan, dan jangan alpa dengan sehebat-hebat "Allah Maha Pengampun". Hanya Allah sahaja yang tahu.

Tak mahu ambil kesempatan.

Teme memberitahu tentang hajatnya hendak mengarang buku tentang 'kesungguhan menuntut ilmu' yang mengisahkan realiti kehidupannya untuk menyemarakkan semangat anak muda menimba ilmu. Ahmad memberi cadangan judul buku namun ditolak oleh Teme. Cadangannya, 'Pelukis Dakwah', pasti bukunya bakal laris dan menjadi rebutan syarikat-syarikat penerbitan buku. Seperti biasa, Ahmad akan mempersoalkan tindakan Teme. Mereka berbahas hanya kerana judul buku. Ahmad mengingatkan Teme tentang kata-katanya dakwah itu wajib. Mengapa salahnya guna jenama dakwah? Teme menyahut, "Kita wajib menyumbang kepada dakwah. Tapi, kitakena bezakan antara 'menggunakan kelebihan diri untuk dakwah' dengan 'menggunakan kelebihan dakwah untuk diri'.

Untuk guna title pendakwah tu jadi pelaris buku aku, itu namanya mengambil kesempatan...

           - Teme Abdullah

"Aku muda, aku banyak buat dosa." Budak-budak muda berebut hendak digelar sebagai pendakwah muda dan warak serta alim. Kenapa dunia salah faham terhadap Islam? Ia bermula dengan diri mereka tersalah pilih ikon yang menerminkan Islam. Masyarakat belum matang dalam menilai ilmu. Jadikan yang berkelayakan, benar-benar alim untuk dijadikan ikon Islam. 

Practice makes perfect. 

Semasa trip ke Portugal, Teme dan rakan-rakan studio yang lain melakar bangunan-bangunan di sana kecuali Ahmad. Ahmad kurang minat dalam melukis. Dia berada di situ kerana itulah satu-satunya bidang yang ditawarkan. Sepanjang perjalanan tersebut, Ahmad hanya mengamati pemandangan dengan mata semata-mata. Walaupun ditegur oleh rakan studio lain, Ahmad mengendahkan teguran itu. baginya, dia lebih suka melukis menggunakan komputer. Keesokan harinya, sejurus selesai solat subuh, Teme mengajak Ahmad ke luar. Ahmad tidak tahu-menahu tujuan Teme mengajaknya keluar pada saat hari masih gelap, subuh di situ lebih awal. Setelah tiba di suatu tempat, Teme menghulurkan pensel dan sketchbook kepada Ahmad. Dia menyuruh Ahmad melakar satu bangunan yang berada di hadapan mereka. Teme memaksa Ahmad melukis menggunakan tangan. Anugerah pemberian Allah. Pasti lebih hebat berbanding komputer ciptaan manusia.

When you're about to give up to learn or master something, remember, everything that is now easy for you was once super tough in the beginning.

          - Teme Abdullah 

Sambungan review akan disediakan dalam bahagian kedua. 


Terima kasih kerana sudi luangkan masa.

Comments

Popular posts from this blog

#AWPreview: Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

          Siapa tidak kenal Siri Jalanan oleh Teme Abdullah jika anda mengikuti akaun media sosial dan perkembangan beliau? Siri ini ditulis berdasarkan realiti Teme, hampir kesemuanya.          Siri Jalanan bermula dengan buku Pelukis Arkitek Jalanan. Grafik di bawah merupakan muka hadapan buku tersebut. Pelukis Jalanan mengandungi 215 bilangan muka surat termasuk review oleh Saiful Nang ( Group CEO of Colours of Asia Sdn Bhd Group of Companies ), Budak Tomato (penulis buku ESC) dan Ad-Dien Abdul Kadir (Karangkraf), seterusnya penghargaan, nota penerbit dan profil di bahagian akhir.             Jadi, apakah manfaat buku Pelukis Jalanan kepada pembaca? (manfaat yang disenaraikan adalah pendapat dan pandangan saya. Anda mungkin mempunyai pandangan lain sekiranya sudah membaca buku ini. Raikan perbezaan.)                Setiap kesukaran diserta...